Monday, September 20, 2010

The Red Warriors dan kemenangan!


Perlawanan antara pasukan Kelantan dengan PKNS pada 17 September 2010 memang merupakan salah satu match yang terbaik pernah aku saksikan! Dengan pasukan Kelantan a.k.a. The Red Warriors (TRW) yang telah mengalami kekalahan ditempat sendiri kepada skuad Rusa @ Negeri Sembilan, sebanyak 0-1 memang meletakkan TRW dalam keadaan yang sangat-sangat bahaya!

Cukup la dengan kekalahan kepada skuad Rusa, kami sudah tak dapat nak menerima kekalahan lagi setakat ni. Musim Piala Malaysia baru sahaja bermula,dan kami penyokong setia TRW memang mengharapkan apa yang terbaik daripada pasukan kami ni!

Kami (aku, king, net dan anih) sampai di KL pada sekitar 2 petang. Perjalanan kami dari KB mengambil masa selama kira-kira 7-8 jam. Agak lama la tu, sebab kitorang banyak berenti lepak kut. Lepas sampai and lepak-lepak rehat dan makan, kami terus menuju ke stadium MBPJ kat Kelana Jaya untuk menyaksikan perlawanan antara TRW-PKNS.

Babak pertama perlawanan agak hambar, pasukan TRW bermain dengan rentak perlahan tanpa melakukan banyak serangan. perghh mulut kitorang tak yah cakap la, sumpah seranah habis kat player kitorang sendiri. Sape tak sakit ati weh, dah la tiket malam tu kena bayar (mesej ayah ngah, tapi die reply 'Tak ada'. ringkas betul jawapan die). esy, x kisah lah,berhabis RM10 untuk tengok bola. Lagipun duit raya banyak kut.haha.

Yang paling kitorang sakit ati nye dengan goal keeper la, Syed Adney. tak yakin kut bro, aritu dia dah wat silap time lawan Kedah, sampai pasukan kita kalah awal Liga Super. Sape tak sakit hati wehh. Malam tu die jaga gol kat luar kotak penalti, mana tak bengang beb, dek kena bola gelembung, tak ke mampos? Macam-macam sumpahan kut aku dengar dilontarkan kat Syed Adney malam tu.hahaha. Kemudian habis babak pertama perlawanan

Bermulanya babak kedua, TRW banyak melakukan serangan yang bertali arus. memang aku respek la diorang ni, baru nampak macam mana cara diorang bermain bola betul-betul. Banyak kut shoot, tapi xde rezeki lagi. Penyokong malam tu takyah cakap la, walaupun lepas raya dan kat Kelana Jaya, memang warna merah penuh kat stadium tu. Tabik lah penyokong TRW!

Minit ke-76, serangan TRW telah membuahkan hasil. Akmal Rizal Akhli telah berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan buat pasukan TRW! Tahniah buat Akmal kerana telah melegakan kami! Gol tu telah menaikkan semangat pasukan dan juga penyokong habis-habisan. Sape-sape yang ade kat seat aku dudk tu, memang boleh tengok la macam mana fanatiknya penyokong-penyokong TRW ni. Korang memang terbaik!



Menghampiri wisel penamat, bola yang disepak player PKNS terkena tangan Subramaniam! ouch! Sepakan penalti telah dihadiahkan kepada PKNS. Damn, kami memang kecewa giler lah. Habis la harapan nak menang match ni.. Biasanya sepakan penalti ni memang masuk la. Wisel ditiup, sepakan dilakukan oleh pemain PKNS, tapi ketangkasan Syed Adney telah menyelamatkan bola tersebut daripada menerjah ke dalam gawang gol pasukan Kelantan! Ya Allah! Alhamdulillah! syukur sangat-sangat! Memang Syed Adney telah diangkat sebagai wira penyelamat pada malam tu. Syed, kami tarik balik ape yang kami dah kutuk ko masa awal-awal game.hahaha.

Game malam tu memang mencabar iman la brader-brader sekalian. 1st tyme aku gelabah tengok bola. Nasib baik menang, dapat kumpul 3 mata penuh. Semoga pasukan TRW terus bermain secara konsisten, target kita kali ni untuk julang Piala Malaysia! Gomo Kelate gomo!


Penyokong-penyokong fanatik! Tarian kemenangan pasukan merah!

No comments: