Wednesday, January 26, 2011

FAM: Bodoh Tak Boleh Diajar, Pandai Tak Boleh Ditegur!


Persatuan bangang! tu je yang mampu keluar dari mulut aku selepas membaca post facebook Tan Sri Annuar Musa malam tadi. Tan Sri Presiden KAFA dengan nada sesal telah menyatakan kekecewaan beliau berhubung keputusan FAM yang menggantung ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan selama 6 bulan berkuat kuasa serta merta. Sehari kemudian, perbicaraan terhadap 3 ekor anjing kurap T-Team berlangsung di Wisma FAM. Sekali lagi, Tan Sri Presiden terkejut dan kecewa dengan keputusan FAM. 3 ekor anjing kurap tersebut terlepas daripada sebarang hukuman dan layak untuk terus bermain bersama dengan Kelab Pencuri Tegar, T-Team!

Bayangkanlah:
B. Sathianathan  digantung seminggu sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia (Kelantan vs Negeri) kemudian penggantungan tersebut dimansuhkan... Tiba-tiba 4 hari sebelum Piala Sumbangsih bermula (Kelantan lawan Selangor) keluar kenyataan berkaitan penggantungan Sathia selama 6 bulan....
Pegawai KAFA kritik jadual terus dihadapkan ke JK Disiplin FAM, tapi Persatuan Bola Sepak N9 pertikai kenapa mereka tidak masuk Piala Sumbangsih senyap sepi tanpa sebarang berita pulak!

Lagi:
Penyokong Kelantan bakar mercun didenda berat, sedangkan penyokong Perlis tembak mercun masuk padang dan baling cermin bas penyokong Kelantan sehingga pecah, tiada sebarang denda dikenakan!

Dan Lagi:
Pemain Kelantan bertumbuk, masuk FAM dan dibicarakan. Ni, Pemain T-Team kena tumbuk oleh pemain Selangor, takde pulak sebarang hukuman dikenakan!

Dan yang terkini, akibat ketiadaan jurulatih, pasukan Kelantan mungkin tidak akan dibenarkan untuk bermain sempena Piala Sumbangsih pada 29 Januari nanti.

BUKANKAH NI MERUPAKAN PROVOKASI???????

Sudah terang lagi bersuluh KAFA dianak tirikan, dicemuh,didenda,dimaki,diSEGALANYA oleh FAM. Nak kata apa lagi? Sebab musabab tidak diketahui kenapa. KAFA merupakan persatuan bola sepak di Malaysia yang naik dengan begitu cepat, sehingga mampu berjuang dan hidup engan sendiri tanpa bantuan kerajaan negeri. Dan KAFA telah dicemburui oleh pelbagai pihak. TSAM, Presiden KAFA dengan mudah menang jawatan Timb. Presiden FAM, dan dicemburui oleh sesetengah pihak. Macam ni kah yang dikatakan perangai Orang Melayu kita? Tak boleh lihat MELAYU lain maju kedepan? BODOH!! Macam ni lah gayanya selagi pihak persatuan keras kepala dan tak mahu mendengar pandangan orang lain.

Cadangan terbaru aku untuk logo FAM:
                  (memang nak kena sepak terajang betul la kalau FAM ni adalah sejenis orang)

Jika macam ni sajalah level pesatuan sukan di Malaysia, jangan lah harap nak pergi maju. Nak join Piala Dunia 2030? Pergilah mampos! (Kalau korang ni jenis baca suratkhabar, mesti tahu pasal negara ASEAN nak melobi untuk jadi tuan rumah FIFA Wrold Cup 2030. Kalau taktau,baca!)

Apa-apa pun, KAFA tetap dihati kami. Kami akan terus berjuang bersama Tan Sri Presiden menaikkan persada bola sepak Kelantan di tanah air Malaysia. Semangat TRWs dalam hati kami tetap setia selagi wujudnya organisasi KAFA, serta jatuh bangunnya KAFA itu sendiri. Kepada TSAM: Kami sentiasa bersama dan berdiri teguh dibelakang TS Presiden menempuh segala apa yang terjadi kepada pasukan kesayangan kami.



Sebelum aku close entri ni, aku nak petik post TS dalam facebook beliau. Baca dan hayati bersama betapa seorang individu yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan bersemangat mempertahankan apa yang menjadi hak beliau dan seluruh warga Kelantan. Baca dan hayati:

"walau teriknya mentari,tak bermakna bumi menjadi gersang...walau lebatnya hujan,belum tentu daratan tenggelam...Sekencang mana bertiupnya taufan belum tentu pohonnya tumbang...AKU ANAK KELANTAN..pantaiku pernah diterjah tentera merah,tok janggutku digantung kerna menentang penjajah,saadongku di culik kerana nafsu serakah...TAPI KELANTANKU TAK REBAH..jauh sekali menyerah kalah" - Tan Sri Annuar Musa, Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan






GOMO KELATE GOMO!!!

Friday, January 21, 2011

Kejuruteraan Biologi dan Pertanian


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...hehe

Entri saya kali ni adalah berkisar dengan kursus pengajian yang saya tengah ambil sekarang ni, dan saya percaya entri ni mungkin boleh menjadi panduan penting untuk bakal-bakal jurutera pertanian selepas saya...

Mungkin ramai yang tertanya apa sebenarnya Kejuruteraan Pertanian kan.. Sama la macam saya masa pilih kos ni dulu-dulu... 4 tahun lepas (tahun 2007-entri ni tahun 2011).... Al-maklumlah nama prinsip kejuruteraan ni sangat jarang didengar oleh sesiapa pun, kecuali bagi sesiapa yang tahu pasal prinsip kejuruteraan dalam bidang biologi dan pertanian...

Sebut saja Kejuruteraan Pertanian & Biosistem (KPB) atau Kejuruteraan Biologi & Pertanian (KBP) atau lagi ringkas Kejuruteraan Pertanian semua orang akan tanya "kos apa tu?" hehe...

Ni serba sedikit sejarah yang berkaitan. Sebenarnya KPB yang nama asalnya 31 tahun lepas adalah Kejuruteraan Pertanian adalah satu prinsip kejuruteraan yang telah lama bertapak di Universiti Putra Malaysia....

Di awal pembukaan Fakulti Kejuruteraan UPM, ianya dikenali dengan nama Fakulti Kejuruteraan Pertanian. Pada masa ini fakulti ini hanya menawarkan 1 program pada peringkat bacelor iaitu Bacelor Kejuruteraan Pertanian. Pada tahun 1985, ianya telah ditukar kepada Fakulti Kejuruteraan yang kemudiannya dipecahkan kepada 4 cabang bidang utama kejuruteraan yang dipecahkan kepada 4 jabatan.

Selalunya apabila disebut Kejuruteraan Pertanian, orang ramai akan menganggap bahawa bidang ni adalah bercucuk tanam, pegang cangkul dan tanam jagung.hehe... Oklah, kat sini saya petik satu pernyataan yang membezakan bidang pertanian dan juga kejuruteraan pertanian.

        Pertanian merupakan amalan mengerjakan sesuatu kawasan untuk menghasilkan tanaman dan ternakan.      Pertanian juga melibatkan amalan penyimpanan, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian. Dalam alam yang serba canggih ini, pertanian merupakan satu industri yang rumit melibatkan pelbagai bidang. Oleh itu Pertanian sekarang ini ialah semua aktiviti penghasilan tanaman dan ternakan sehinggalah kepada pemprosesan dan pemasaran hasil-hasil  tersebut.


    Kejuruteraan pertanian merupakan penggunaan semua cawangan-cawangan penjenteraan ke sesuatu peringkat dimana ianya dapat digunakan untuk tujuan-tujuan perladangan, pemprosesan hasil dan pemprosesan makanan di dalam penghidupan  dan aktiviti lain yang lebih berfaedah. Bidang Kejuruteraan Pertanian dapat membantu menjimatkan modal, tenaga buruh dan masa dalam memulakan projek. Kejuruteraan Pertanian juga dapat meningkatkan mutu dan kesegaran, ketahanan keluaran pertanian  melalui Kejuruteraan Pemprosesan. Selain daripada itu, hasil yang banyak boleh dihasilkan dalam jangka masa yang pendek.


Kat sini bolehlah difahamkan yang Kejuruteraan Pertanian dan Pertanian ialah suatu konsep yang berbeza, akan tetapi berpegang kepada tunjang yang sama iaitu untuk memajukan dan memudahkan kerja-kerja pertanian. Sepanjang pengajian selama 4 tahun ni, saya rasa ianya adalah suatu program yang menarik yang mana ianya berbeza dengan program kejuruteraan 'pure' yang lain.


Bidang ini memerlukan kita sebagai jurutera untuk menggabungkan unsur-unsur kehidupan dengan aplikasi terhadap teknologi. Kami dalam landasan kejuruteraan pertanian diajar untuk berinteraksi dengan benda-benda hidup dan mengaplikasikan sebarang masalah serta memudahkan kerja-kerja yang berkaitan. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengaplikasikan perkara-perkara ini kerana benda yang hidup bukannya berada dalam suatu bentuk atau keadaan yang tetap. Contohnya untuk mencipta robot untuk penuaian buah-buahan, saiz, warna dan bentuk buah-buahan adalah berbeza daripada satu sama lain. Dan ini menyukarkan para jurutera untuk mencipta sebuah robot yang boleh melakukan kerja-kerja seperti ni. Ini adalah salah satu cabaran dalam bidang kejuruteraan pertanian.


Kami juga diajar untuk merekabentuk sistem pengairan, sistem penjenteraan, automasi, sistem permodelan atau "mapping" dan juga pemprosesan. Perkara-perkara ini memerlukan asas-asas kejuruteraan yang kukuh untuk diaplikasikan. Antara subjek-subjek yang diajar sepanjang 8 semester pengajian ialah:


Mekanik Kejuruteraan, GIS, Automasi dalam Pertanian, Sifat Kejuruteraan Bahan Pertanian, Penjenteraan Ladang, Kejuruteraan Tanah, Airbumi, Kejuruteraan Sistem Pengairan dan Penyaliran, Rekabentuk Struktur, Rekabentuk Mesin, Sistem Pakar, Kejuruteraan Hidraulik dan Pneumatik, bla3...


Untuk lebih senang lagi, rasanya ianya bolehlah diertikan sebagai gabungan prinsip kejuruteraan mekanikal, elektrik dan sivil ke dalam mesin-mesin dan juga sistem pertanian. Kami diajar dalam pelbagai disiplin kejuruteraan untuk diaplikasikan kedalam pertanian seterusnya meningkatkan hasil-hasil pertanian untuk dijadikan sumber ekonomi yang utama terhadap negara.


Pengajian dalam bidang kejuruteraan pertanian hanyalah terdapat di Fakulti Kejuruteraan UPM. Setiap tahun Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian melahirkan antara 40-50 orang tenaga profesional dalam bidang ini yang mana peluang kerjaya bagi bidang ini adalah terbuka luas dan sedang berkembang dengan pesat di negara kita. 


MSAE adalah singkatan kepada Malaysia Society of Agricultural Engineers dimana badan ini adalah diterajui oleh jurutera-jurutera pertanian profesional. Diperingkat pelajar, terdapat juga MSAE-SC (student Chapter) yang dianggotai oleh pelajar-pelajar bacelor untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan kejuruteraan pertanian.


Rujukan: 
http://www.eng.upm.edu.my/html/en/department/biological-and-agricultural

Kata kunci: jurutera pertanian, kejuruteraan pertanian, kejuruteraan biologi dan pertanian, kejuruteraan pertanian dan biosistem