Thursday, September 23, 2010

pesanan buat isteri dan bakal isteri...renung-renungkan

(Perkara yang suami tak suka....tolong jangan buat walau nampak lucu)

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "


2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar danmenyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpamana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok " ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan ... "

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ... .boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir ... kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros... "

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malamselepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber... ber... . ie. " pot petpot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak ... then today.. then tadi..u tau tak... semalam u nak tau... .bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah ... bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla... ini semua salah you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih... betina mana pulak awak nak nih... "

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. "..eee u tau tak hubby i tu... "

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor... i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie."..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yangmunasabah. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali... .."

Kepada semua isteri2 dan bakal isteri tu pandai2 la ambik hati suami, jangan bagi peluang langsung untuk diorang cari alasan...

~P/s:Moga kita jadi isteri yang terbaik untuk suami~

Jangan sesekali tersalah menggunakan Bahasa Melayu kita

Tersebutlah cerita yang dikatakan berlaku di sebuah pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu: (Kontraktor rumah = Abe Wan Din)

Kontraktor rumah : Ambo NAK minta keluluse buat rumah, lagu mano caro?
Pegawai Bangunan : Lagu nih, mulo-mulo wat pele (pelan) dulu. 
Kontraktor rumah : Pele? Ambo ado! Ambo bawak!
Pegawai bangunan : Mano? wak tubik la, kawe nok kelih.
Kontraktor rumah : Errrr! Dop leh! Dop Leh! 
Pegawai Bangunan : Wak po dop lehnyo!, Cepat la wak tubik!
Kontraktor rumah : Kalu dop tengok dop leh ko?
Pegawai Bangunan : Dop leh la pasal kawe nok tengok, pah tu nok luluh kalu tak dok gapo-gapo hok langgar syarat.
Kontraktor rumah : Eh! Ambo ghoyak doh, ambo malu benar.
Pegawai Bangunan : Malu wak gaponyo!Pas tu bawok pele mari sajo?
Kontraktor rumah : Ehhh! malu nak ghoyak, pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak po, kalu cukup syarat! Kalu dop tunjuk, kawe nak sain luluh lagu mano?
Kontraktor rumah : Nak wak tubik tunjuk kat mano?, orghe ramai ni! Malu ambo! Malu weh!
Pegawai bangunan : La!, tak po! Nak malu gapo la demo!Wak tubik atas mejo kaunter ni! Cepat la kawe ado kerjo lain lagi nih! Sibuk bena ni! Kena fahe la!
Kontraktor rumah : Nah! Ambo wak tubik ni ha! Cepatla tengok!
Pegawai Bangunan : Laaa!(terkejut) , buke pele ni!
Kontraktor rumah : Tu la!, ambo ghoyak doh tadi ke?Pele ambo kecik! Mu nok tengok jugak
Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik besonyo!, maksud kawe Pele Bangune (Pelan Bangunan).
Kontraktor rumah : La! Ambo ingak pele nie! Kalu pele bangune, ado la dale beg nie! Tok ngoyak pun pele bangune!. Mano ambo tahu!
Pegawai Bangunan : Kawe ingak demo fahe! Hok dok mari doh pun tok penah jadi lagu nie! Dok mano demo?
Kontraktor rumah : Gua Muse!

Monday, September 20, 2010

The Red Warriors dan kemenangan!


Perlawanan antara pasukan Kelantan dengan PKNS pada 17 September 2010 memang merupakan salah satu match yang terbaik pernah aku saksikan! Dengan pasukan Kelantan a.k.a. The Red Warriors (TRW) yang telah mengalami kekalahan ditempat sendiri kepada skuad Rusa @ Negeri Sembilan, sebanyak 0-1 memang meletakkan TRW dalam keadaan yang sangat-sangat bahaya!

Cukup la dengan kekalahan kepada skuad Rusa, kami sudah tak dapat nak menerima kekalahan lagi setakat ni. Musim Piala Malaysia baru sahaja bermula,dan kami penyokong setia TRW memang mengharapkan apa yang terbaik daripada pasukan kami ni!

Kami (aku, king, net dan anih) sampai di KL pada sekitar 2 petang. Perjalanan kami dari KB mengambil masa selama kira-kira 7-8 jam. Agak lama la tu, sebab kitorang banyak berenti lepak kut. Lepas sampai and lepak-lepak rehat dan makan, kami terus menuju ke stadium MBPJ kat Kelana Jaya untuk menyaksikan perlawanan antara TRW-PKNS.

Babak pertama perlawanan agak hambar, pasukan TRW bermain dengan rentak perlahan tanpa melakukan banyak serangan. perghh mulut kitorang tak yah cakap la, sumpah seranah habis kat player kitorang sendiri. Sape tak sakit ati weh, dah la tiket malam tu kena bayar (mesej ayah ngah, tapi die reply 'Tak ada'. ringkas betul jawapan die). esy, x kisah lah,berhabis RM10 untuk tengok bola. Lagipun duit raya banyak kut.haha.

Yang paling kitorang sakit ati nye dengan goal keeper la, Syed Adney. tak yakin kut bro, aritu dia dah wat silap time lawan Kedah, sampai pasukan kita kalah awal Liga Super. Sape tak sakit hati wehh. Malam tu die jaga gol kat luar kotak penalti, mana tak bengang beb, dek kena bola gelembung, tak ke mampos? Macam-macam sumpahan kut aku dengar dilontarkan kat Syed Adney malam tu.hahaha. Kemudian habis babak pertama perlawanan

Bermulanya babak kedua, TRW banyak melakukan serangan yang bertali arus. memang aku respek la diorang ni, baru nampak macam mana cara diorang bermain bola betul-betul. Banyak kut shoot, tapi xde rezeki lagi. Penyokong malam tu takyah cakap la, walaupun lepas raya dan kat Kelana Jaya, memang warna merah penuh kat stadium tu. Tabik lah penyokong TRW!

Minit ke-76, serangan TRW telah membuahkan hasil. Akmal Rizal Akhli telah berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan buat pasukan TRW! Tahniah buat Akmal kerana telah melegakan kami! Gol tu telah menaikkan semangat pasukan dan juga penyokong habis-habisan. Sape-sape yang ade kat seat aku dudk tu, memang boleh tengok la macam mana fanatiknya penyokong-penyokong TRW ni. Korang memang terbaik!



Menghampiri wisel penamat, bola yang disepak player PKNS terkena tangan Subramaniam! ouch! Sepakan penalti telah dihadiahkan kepada PKNS. Damn, kami memang kecewa giler lah. Habis la harapan nak menang match ni.. Biasanya sepakan penalti ni memang masuk la. Wisel ditiup, sepakan dilakukan oleh pemain PKNS, tapi ketangkasan Syed Adney telah menyelamatkan bola tersebut daripada menerjah ke dalam gawang gol pasukan Kelantan! Ya Allah! Alhamdulillah! syukur sangat-sangat! Memang Syed Adney telah diangkat sebagai wira penyelamat pada malam tu. Syed, kami tarik balik ape yang kami dah kutuk ko masa awal-awal game.hahaha.

Game malam tu memang mencabar iman la brader-brader sekalian. 1st tyme aku gelabah tengok bola. Nasib baik menang, dapat kumpul 3 mata penuh. Semoga pasukan TRW terus bermain secara konsisten, target kita kali ni untuk julang Piala Malaysia! Gomo Kelate gomo!


Penyokong-penyokong fanatik! Tarian kemenangan pasukan merah!

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Hari ni raya ke-5, baru la aku teringat nak bukak blog dan update serba sedikit pasal raya... agak sibuk la untuk 4 hari yang lepas, sebab kalau raya ni banyak yang aku kena buat dan ziarah.. al-maklumlah keluarga besar dan kawan pun ramai...

Di kesempatan ini, Musa Sabri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua keluarga dan rakan-rakan serta sesiapa yang mengenali. Maaf zahir dan batin dipinta daripada semua jika terdapat salah silap serta terkasar bahasa sepanjang kita mengenali. Semoga keberkatan Syawal membawa seribu rahmat buat semua hambaNya yang bergelar muslim. Amin... =)

Saturday, September 4, 2010

Berbuka puasa bersama To' Pa

Petang tu dalam 3-4 petang kut,aku duk dalam kelas BK10 dengan mengikuti lecture EAB4602 Kejuruteraan Hidraulik dan Pneumatik. Syok je aku tgk Prof Wiwi ngajar kat lam kelas. Sambil disertakan lawak-lawak die yang x kurang hebatnya. Pastu aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pejabat HIMSAK (Himpunan Siswazah Kelantan). Maka keluarlah aku untuk menjawab panggilan telefon tersebut. Tuan Azalie, S/U agung HIMSAK bagitahu aku suruh gi berbuka rumah Dato' Sri Mustapha Mohamad (Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Industri) a.k.a. To' Pa lah pulak...lepas setengah jam, aku bagi la keputusan nak gi sane...

Lepas abis kelas tu, kalut la aku nak cari teman nak gi sana. Ntah pape la tibe2 kena gi berbuka jauh2 pulak dah...Aku mesej je la Amir ngan Pejal (exco2 aku,bukan nama sebenar) nak suruh teman aku...nasib baik lah diorang nak ikut...So aku set la timing pukul 6 petg nk bertolak...last2 620 gak ktorang bertolak..(biasa lah janji2 Melayu.haha)

Dalam 640 petang kut sampai kat Bukit Tunku, tapi teraba-raba gak la aku nak cari rumah dia..Agak lama dah kut tak gi sane... Lepas tu sampai la kat sana,orang ramai gak kut. Pas brader polis yg macam macho tu suruh aku parking kat luar,aku jalan la masuk kedalam.. Rupanya baru aku tau yang majlis berbuka puasa tu untuk UMNO bahagian Jeli dan Kuala Krai dan student...Student pun To' Pa jemput gak, yg specialnya UPM ngan UM je. UPM (3 orang) + UM (3 orang) = 6 orang..tu je la...aku ingatkan majlis pe la tadi...

Sampai je terus gi lepak dgn Tuan Azalie kat khemah. Dah tak sabar nak berbuka weh. Lapar2.. Seharian kut dalam kelas...Maka tepat jam berapa ntah, berbuka lah kami..Lauk boleh tahan la sedapnya...Ayam gulai, gula daging,pastumende tah lagi...aku bedal je semua..

lepas siap-siap makan sume naik solat Maghrib..Lepas tu de tazkirah la pulak.cepat2 aku turun..haha.lepak bawah lagi best. borak punye borak ngn Tuan azalie,azan Isyak la plak.Aku ingat nak balik terus tadi,tapi dah dorang suruh tunggu, aku tunggu la Isyak dulu...

Pas siap2 sume solat Isyak, nak stat tarawih tu,kami ber-4 meninggalkan imam dan makmum yang meneruskan ibadah mereka. Aku ingat nak balik, tapi sangkut la pulak.. borak-borak punye la lama,sekali ngan Faizal Presiden HIMSAK duk borak ngan kitorang. Perggh presiden HIMSAK nampak suci gile kut malam tu..Dengan gaya dia ala-ala Tuan Guru kut.hahaha


Selesai Terawih,lepas borak punye borak, To' Pa pulak datang. Pastu die berucap mende ntah. kitorang dengar je la, sambil ngepom2 sikit.haha. dia mengucapkan selamat datang je pun..
Bagus To' Pa ni, jenis orang yang merendah diri. Susah dah nak jumpa pemimpin berjiwa rakyat macam dia ni.. paling bangganya dia ni ore Kelate kito (gomo Kelate gomo)

Sambil tu kami makan la colek pulak. dah makanan ada,rembat jerla.free lak tu.haha.best jugak berborak kat meja tu. de Dato' sorang ni datang duk ngan kitorang, saudara Faizal ni tanya la die pulak ape rahsia nampak sihat je even dah umo 63 tahun pun...Die pun cakap la..Ada dua rahsia.

1. Jadilah seorang yang pemaaf. Dia nasihat yang kita ni tak perlu ada musuh, selalu maafkan orang dan jadi seorang yang merendah diri. tak perlulah nak bermusuh-musuh, sebab kita semua ni saudara seagama, pastu lak kalau berdendam dengan orang ni,kita takkan dapat apa-apa pun..yang pentingnya sikap pemaaf tu la..respek tul aku ngn dato' ni..

2. Bini 10 tahun lebih muda.haaaa yang ni topik censored sikit. Untuk orang lelaki SAHAJA. Kalau korang nak tau ape disebaliknya,datang jumpa aku.ngahahaha.best2.

Sesudahnya sume ni, aku pun mintak izin nak balik la dulu.dah dekat pukul 11 kut. kang x pasal2 bermalam kat luar ngan baju Melayu.seperti sedia maklum pagar UPM ditutup selepas 12 malam.(siot.cam budak sekolah je)

Sebelum balik, sempatlah ada orang nak ambik gambar kitorang bersama To' Pa. Sebagai bukti katanya.hahaha. aku pun menempel la kat tepi To' Pa tu, snap 2,3 keping gambar. Then salam ngan die, pastu terus angkat kaki balik.
Sekian sahajalah.
moral of the story: tak rugi korang kalau join sebarang persatuan. Time ni la kita nak cari linkage untuk masa depan kite bro. Silap-silap dari sini gak la bermulanya karier korang.Korang pun nak masuk dunia sebenar kan, so benda-benda camni lah yang perlu korang prepare awal-awal sebelum melangkah masuk ke dunia tu sume.peace!

Friday, September 3, 2010

Refresh!

Salam...
pergghhh....lama sudah aku x bukak n update blog aku ni...almost 2 years kut...x berminat la bai ngn blog2 ni...tapi disebabkan sume orang dah balik (cuti raya), maka aku pun bukak lah balik blog aku ni yg dulunye nama THE THOUGHTS....dulu....blog ni wat kutuk-kutuk org politik je..(ada sorang politician ni aku benci sangat=al jub) korang tau la sape kan..haaa....

so pas renew benda ni,aku ingat nk pkai as personal blog for myself lah..nak share pe yg aku buat sepanjang aku meniti episod2 terakhir aku sebagai student kejuruteraan (InsyaAllah...)alaah,degree je pun(further study, InsyaAllah)...

aku dah xtau nak tulis pe, so mintak diri lah dulu setakat ni,..InsyaAllah from time to time aku akan update dengan kisah2 terbaru (kalo korg nk baca lah)..hehe..

Salam ramadhan dan selamat Hari Raya Aidilfitri ku ucapkan kepada semua yang mengenali...Harap maaf zahir dan batin jika ada salah silap selama ni...peace bro! =)