Saturday, September 4, 2010

Berbuka puasa bersama To' Pa

Petang tu dalam 3-4 petang kut,aku duk dalam kelas BK10 dengan mengikuti lecture EAB4602 Kejuruteraan Hidraulik dan Pneumatik. Syok je aku tgk Prof Wiwi ngajar kat lam kelas. Sambil disertakan lawak-lawak die yang x kurang hebatnya. Pastu aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pejabat HIMSAK (Himpunan Siswazah Kelantan). Maka keluarlah aku untuk menjawab panggilan telefon tersebut. Tuan Azalie, S/U agung HIMSAK bagitahu aku suruh gi berbuka rumah Dato' Sri Mustapha Mohamad (Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Industri) a.k.a. To' Pa lah pulak...lepas setengah jam, aku bagi la keputusan nak gi sane...

Lepas abis kelas tu, kalut la aku nak cari teman nak gi sana. Ntah pape la tibe2 kena gi berbuka jauh2 pulak dah...Aku mesej je la Amir ngan Pejal (exco2 aku,bukan nama sebenar) nak suruh teman aku...nasib baik lah diorang nak ikut...So aku set la timing pukul 6 petg nk bertolak...last2 620 gak ktorang bertolak..(biasa lah janji2 Melayu.haha)

Dalam 640 petang kut sampai kat Bukit Tunku, tapi teraba-raba gak la aku nak cari rumah dia..Agak lama dah kut tak gi sane... Lepas tu sampai la kat sana,orang ramai gak kut. Pas brader polis yg macam macho tu suruh aku parking kat luar,aku jalan la masuk kedalam.. Rupanya baru aku tau yang majlis berbuka puasa tu untuk UMNO bahagian Jeli dan Kuala Krai dan student...Student pun To' Pa jemput gak, yg specialnya UPM ngan UM je. UPM (3 orang) + UM (3 orang) = 6 orang..tu je la...aku ingatkan majlis pe la tadi...

Sampai je terus gi lepak dgn Tuan Azalie kat khemah. Dah tak sabar nak berbuka weh. Lapar2.. Seharian kut dalam kelas...Maka tepat jam berapa ntah, berbuka lah kami..Lauk boleh tahan la sedapnya...Ayam gulai, gula daging,pastumende tah lagi...aku bedal je semua..

lepas siap-siap makan sume naik solat Maghrib..Lepas tu de tazkirah la pulak.cepat2 aku turun..haha.lepak bawah lagi best. borak punye borak ngn Tuan azalie,azan Isyak la plak.Aku ingat nak balik terus tadi,tapi dah dorang suruh tunggu, aku tunggu la Isyak dulu...

Pas siap2 sume solat Isyak, nak stat tarawih tu,kami ber-4 meninggalkan imam dan makmum yang meneruskan ibadah mereka. Aku ingat nak balik, tapi sangkut la pulak.. borak-borak punye la lama,sekali ngan Faizal Presiden HIMSAK duk borak ngan kitorang. Perggh presiden HIMSAK nampak suci gile kut malam tu..Dengan gaya dia ala-ala Tuan Guru kut.hahaha


Selesai Terawih,lepas borak punye borak, To' Pa pulak datang. Pastu die berucap mende ntah. kitorang dengar je la, sambil ngepom2 sikit.haha. dia mengucapkan selamat datang je pun..
Bagus To' Pa ni, jenis orang yang merendah diri. Susah dah nak jumpa pemimpin berjiwa rakyat macam dia ni.. paling bangganya dia ni ore Kelate kito (gomo Kelate gomo)

Sambil tu kami makan la colek pulak. dah makanan ada,rembat jerla.free lak tu.haha.best jugak berborak kat meja tu. de Dato' sorang ni datang duk ngan kitorang, saudara Faizal ni tanya la die pulak ape rahsia nampak sihat je even dah umo 63 tahun pun...Die pun cakap la..Ada dua rahsia.

1. Jadilah seorang yang pemaaf. Dia nasihat yang kita ni tak perlu ada musuh, selalu maafkan orang dan jadi seorang yang merendah diri. tak perlulah nak bermusuh-musuh, sebab kita semua ni saudara seagama, pastu lak kalau berdendam dengan orang ni,kita takkan dapat apa-apa pun..yang pentingnya sikap pemaaf tu la..respek tul aku ngn dato' ni..

2. Bini 10 tahun lebih muda.haaaa yang ni topik censored sikit. Untuk orang lelaki SAHAJA. Kalau korang nak tau ape disebaliknya,datang jumpa aku.ngahahaha.best2.

Sesudahnya sume ni, aku pun mintak izin nak balik la dulu.dah dekat pukul 11 kut. kang x pasal2 bermalam kat luar ngan baju Melayu.seperti sedia maklum pagar UPM ditutup selepas 12 malam.(siot.cam budak sekolah je)

Sebelum balik, sempatlah ada orang nak ambik gambar kitorang bersama To' Pa. Sebagai bukti katanya.hahaha. aku pun menempel la kat tepi To' Pa tu, snap 2,3 keping gambar. Then salam ngan die, pastu terus angkat kaki balik.
Sekian sahajalah.
moral of the story: tak rugi korang kalau join sebarang persatuan. Time ni la kita nak cari linkage untuk masa depan kite bro. Silap-silap dari sini gak la bermulanya karier korang.Korang pun nak masuk dunia sebenar kan, so benda-benda camni lah yang perlu korang prepare awal-awal sebelum melangkah masuk ke dunia tu sume.peace!

No comments: