Friday, January 21, 2011

Kejuruteraan Biologi dan Pertanian


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...hehe

Entri saya kali ni adalah berkisar dengan kursus pengajian yang saya tengah ambil sekarang ni, dan saya percaya entri ni mungkin boleh menjadi panduan penting untuk bakal-bakal jurutera pertanian selepas saya...

Mungkin ramai yang tertanya apa sebenarnya Kejuruteraan Pertanian kan.. Sama la macam saya masa pilih kos ni dulu-dulu... 4 tahun lepas (tahun 2007-entri ni tahun 2011).... Al-maklumlah nama prinsip kejuruteraan ni sangat jarang didengar oleh sesiapa pun, kecuali bagi sesiapa yang tahu pasal prinsip kejuruteraan dalam bidang biologi dan pertanian...

Sebut saja Kejuruteraan Pertanian & Biosistem (KPB) atau Kejuruteraan Biologi & Pertanian (KBP) atau lagi ringkas Kejuruteraan Pertanian semua orang akan tanya "kos apa tu?" hehe...

Ni serba sedikit sejarah yang berkaitan. Sebenarnya KPB yang nama asalnya 31 tahun lepas adalah Kejuruteraan Pertanian adalah satu prinsip kejuruteraan yang telah lama bertapak di Universiti Putra Malaysia....

Di awal pembukaan Fakulti Kejuruteraan UPM, ianya dikenali dengan nama Fakulti Kejuruteraan Pertanian. Pada masa ini fakulti ini hanya menawarkan 1 program pada peringkat bacelor iaitu Bacelor Kejuruteraan Pertanian. Pada tahun 1985, ianya telah ditukar kepada Fakulti Kejuruteraan yang kemudiannya dipecahkan kepada 4 cabang bidang utama kejuruteraan yang dipecahkan kepada 4 jabatan.

Selalunya apabila disebut Kejuruteraan Pertanian, orang ramai akan menganggap bahawa bidang ni adalah bercucuk tanam, pegang cangkul dan tanam jagung.hehe... Oklah, kat sini saya petik satu pernyataan yang membezakan bidang pertanian dan juga kejuruteraan pertanian.

        Pertanian merupakan amalan mengerjakan sesuatu kawasan untuk menghasilkan tanaman dan ternakan.      Pertanian juga melibatkan amalan penyimpanan, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian. Dalam alam yang serba canggih ini, pertanian merupakan satu industri yang rumit melibatkan pelbagai bidang. Oleh itu Pertanian sekarang ini ialah semua aktiviti penghasilan tanaman dan ternakan sehinggalah kepada pemprosesan dan pemasaran hasil-hasil  tersebut.


    Kejuruteraan pertanian merupakan penggunaan semua cawangan-cawangan penjenteraan ke sesuatu peringkat dimana ianya dapat digunakan untuk tujuan-tujuan perladangan, pemprosesan hasil dan pemprosesan makanan di dalam penghidupan  dan aktiviti lain yang lebih berfaedah. Bidang Kejuruteraan Pertanian dapat membantu menjimatkan modal, tenaga buruh dan masa dalam memulakan projek. Kejuruteraan Pertanian juga dapat meningkatkan mutu dan kesegaran, ketahanan keluaran pertanian  melalui Kejuruteraan Pemprosesan. Selain daripada itu, hasil yang banyak boleh dihasilkan dalam jangka masa yang pendek.


Kat sini bolehlah difahamkan yang Kejuruteraan Pertanian dan Pertanian ialah suatu konsep yang berbeza, akan tetapi berpegang kepada tunjang yang sama iaitu untuk memajukan dan memudahkan kerja-kerja pertanian. Sepanjang pengajian selama 4 tahun ni, saya rasa ianya adalah suatu program yang menarik yang mana ianya berbeza dengan program kejuruteraan 'pure' yang lain.


Bidang ini memerlukan kita sebagai jurutera untuk menggabungkan unsur-unsur kehidupan dengan aplikasi terhadap teknologi. Kami dalam landasan kejuruteraan pertanian diajar untuk berinteraksi dengan benda-benda hidup dan mengaplikasikan sebarang masalah serta memudahkan kerja-kerja yang berkaitan. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengaplikasikan perkara-perkara ini kerana benda yang hidup bukannya berada dalam suatu bentuk atau keadaan yang tetap. Contohnya untuk mencipta robot untuk penuaian buah-buahan, saiz, warna dan bentuk buah-buahan adalah berbeza daripada satu sama lain. Dan ini menyukarkan para jurutera untuk mencipta sebuah robot yang boleh melakukan kerja-kerja seperti ni. Ini adalah salah satu cabaran dalam bidang kejuruteraan pertanian.


Kami juga diajar untuk merekabentuk sistem pengairan, sistem penjenteraan, automasi, sistem permodelan atau "mapping" dan juga pemprosesan. Perkara-perkara ini memerlukan asas-asas kejuruteraan yang kukuh untuk diaplikasikan. Antara subjek-subjek yang diajar sepanjang 8 semester pengajian ialah:


Mekanik Kejuruteraan, GIS, Automasi dalam Pertanian, Sifat Kejuruteraan Bahan Pertanian, Penjenteraan Ladang, Kejuruteraan Tanah, Airbumi, Kejuruteraan Sistem Pengairan dan Penyaliran, Rekabentuk Struktur, Rekabentuk Mesin, Sistem Pakar, Kejuruteraan Hidraulik dan Pneumatik, bla3...


Untuk lebih senang lagi, rasanya ianya bolehlah diertikan sebagai gabungan prinsip kejuruteraan mekanikal, elektrik dan sivil ke dalam mesin-mesin dan juga sistem pertanian. Kami diajar dalam pelbagai disiplin kejuruteraan untuk diaplikasikan kedalam pertanian seterusnya meningkatkan hasil-hasil pertanian untuk dijadikan sumber ekonomi yang utama terhadap negara.


Pengajian dalam bidang kejuruteraan pertanian hanyalah terdapat di Fakulti Kejuruteraan UPM. Setiap tahun Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian melahirkan antara 40-50 orang tenaga profesional dalam bidang ini yang mana peluang kerjaya bagi bidang ini adalah terbuka luas dan sedang berkembang dengan pesat di negara kita. 


MSAE adalah singkatan kepada Malaysia Society of Agricultural Engineers dimana badan ini adalah diterajui oleh jurutera-jurutera pertanian profesional. Diperingkat pelajar, terdapat juga MSAE-SC (student Chapter) yang dianggotai oleh pelajar-pelajar bacelor untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan kejuruteraan pertanian.


Rujukan: 
http://www.eng.upm.edu.my/html/en/department/biological-and-agricultural

Kata kunci: jurutera pertanian, kejuruteraan pertanian, kejuruteraan biologi dan pertanian, kejuruteraan pertanian dan biosistem

32 comments:

miEmi zahari said...

Jurutera pertanian? Pahtu kijo d KADA ko? ehehe

muse said...

x semestinya mimi.. banyak company plantation mcm Sime Darby, IOI,etc... Masuk mana2 company yang related to engineering field pun boleh.. Sebab kami ada basic ntuk semua engineering..

mein said...

Kejuruteraan biologi dan pertanian ni same ke ngan kejuruteraan bioproses????

muse said...

bidang ni memfokuskan ke arah penggunaan teknologi dalam pertanian.. tapi kami juga ada belajar berkaitan bioproses.

Anonymous said...

ramai tak student perempuan amek course nie?

muse said...

perempuan lagi ramai dari lelaki.batch saya, 60%P-40%L.kalau ada sbrg hal atau pertanyaan boleh msg kat my fb ye =).n btw,setiap tahun jumlah pelajar perempuan adalah lebih ramai dr pelajar lelaki.hehe

Anonymous said...

boleh x cerita sikit perjalanan hidup selepas spm, hingga ambil kos ni?

muse said...

hidayah: lepas spm actually nak jadi doktor, tapi sebab dapat B3 fizik, so terpaksa cari peluang lain (nak apply medic kena A semua subjek sains woo..). So masuk matrikulasi sains hayat, teruskan dengan impian tu. Alhamdulillah 1st sem dapat cemerlang,tapi 2nd sem pointer spoil. so terpaksa lupakan nak jadi dr. then apply degree,ditawar utk kos ni. Ingatkan silap, tapi sebenarnya segala ketentuanNya adalah betul. Alhamdulillah lepas 4 tahun mengikuti cos ni, sebelum habis belajar dah mendapat tawaran bekerja, dan sekarang menjadi seorang jurutera. =)

fatteya Aqiela said...

slm, bleh sy taw at least brape pointer untuk apply course niy ?

muse said...

at least 3 pointer and above.

aliatwinz / alia said...

salam..nak tye,mana lagi better gi matrik ke gi dip kejuteraan pertanian??

Anonymous said...

hai adk alia.. if adk ambil DKP or dip kej pertanian adk akn jd my junior in UPMKB.. mcm yg abg muse ckp kos ni sgt interesting sbb kmi belajar semua basic engineering.. ^^ dlu pn sy hdapi situasi yg sme mcm kmu antre matrik or DKP ni tp lastly sy plih DKP.. tp thn dpn sy plk nk smbng d serdang.. ^^ nmpk mcm best..

Anonymous said...

assalamualaikum abg2 n akk2..
sy SPM tahun ni.

(harap2 dpt keputusan cemerlang)
sy minat nak ambil course ni, boleh tak suggestkan 'flownya' utk sy?

harap dpt respon di fb sy..
fb: mizifb@yahoo.com

nazirul said...

assalam.saye nak tye la bang .prospek kerja untuk course ni oke tak?? dari krajaan atau ngo?? saye dpat course biosystem engineering tp di unimap. jd saye nak tau dr segi prospek kerja dan starting salary dia boleh ?

Anonymous said...

Salam.sy dpat kos keruteraan pertanian dan biosistem kat upm..Mmg ada mintak kat borang upu tu kos ni..tpi skrg ni rsa gementar pulak,sbb keluarga sy sndri ada persepsi yang tak berapa sdap nk dgar psal bidang ni..boleh tak trg kn apa kelebihan klau ambik bidang ni ? peluang krjaya plak mcm mne ?

muse said...

maaf saya jarang buka blog sekarang ni. dah lama sangat tak update. apa2 pertanyaan boleh terus emel pada saya, muse.sabri@gmail.com.. InsyaAllah saya akan reply dan bagi pendapat.

inn aziz said...

senior... sy tgh cari tmpt LI :'(

muse said...

inn aziz, cuba cari company2 swasta. boleh juga cuba dicompany tempat sy bekerja sekarang.

Anonymous said...

Subjek dia susah x?

Anonymous said...

Di UniMAP ada juga program sama yang dipanggil kejuruteraan Biosistem dalam pusat pengajian kejuruteraan Bioproses. Utk maklumat tambahan kejuruteraan bioproses lain drp kejuruteraan biosistem.

Unknown said...

hi ..sye lepasan spm tahunan ini dan sye berminat dlm pertanian..slps sye tau tentang kejuruteraan pertanian..sye rse mcm best jer..adakah course ni perlu cemerleng dlm subjek fizik?krn sye hnye dpt a bg biologi je..kimia dan fizik hnye dpt b PLUS








Unknown said...

hi ..sye lepasan spm tahunan ini dan sye berminat dlm pertanian..slps sye tau tentang kejuruteraan pertanian..sye rse mcm best jer..adakah course ni perlu cemerleng dlm subjek fizik?krn sye hnye dpt a bg biologi je..kimia dan fizik hnye dpt b PLUS








Anonymous said...

salam...sy lpasan matrik...sbenarnya sy mnat kos kjuruteraan pertanian dan biosistem...tapi pointer sy 3.1 jer...adkah msih ad pluang utk sy dpt kos ini?

Anonymous said...

Kos ni dkt upm saje ke ade??? Kalau ada kat tmpat blh tlg suggestkan??

Unknown said...

hai....saya student KBP at UPM sekarang..haha..hi senior..batch saya adalah batch pertama yang lelaki lebih ramai lagi perempuan ! :).. course ni adalah pilihan pertama saya dan tak pernah menyesal pun..sekarang saya masih lagi 1st year...as ex student of asasi pertanian pm,saya memang berminat dgn everything berkaitan pertanian and decision untuk sambung course ni is the best decision!

Anonymous said...

Hai salam ..bole X kita sembang lagi dalam pasal ni? . Sebab saya akan masuk kbp tahun ni .

Anonymous said...

hahaha.....course ni mmg best.. yg kat UniMap tu pn senior² KBP ngn ex-lecturer KBP upm kat situ.. prospek keje luas. keje gomen, swasta even ada yg keje kat automotif.. sbb blajar semua pasal engineering. apa yg penting kne ada minat... bg aku, study no2. yg penting ada minat mengAplikasi. minda mesti terbuka.. kne kuat berimigenasi sbb xbyk lg ciptaan dlm pertanian yg betul² solve agricultural problem.. masih banyak ruang untuk dimajukan.. kpd adik².. kipidap.. dongibab... tepuk dada tanya minat.. assalamualaikum...

Anonymous said...

Hye,sya bru apply kos ni,DKP..hanya mnunggu pnggilan sja lgi..dlu,zman2 kmu,rmai tak ambil kos ni?��

Unknown said...

Biasanya gaji brp ehh?kalau basic lh

Unknown said...

Boleh bagitau saya.. Dekat mana jer eh sy boleh apply kerja? Kat semenanjung dan sabah sarawak.. But, Especially kat sarawak.. Sbb skrg nie baru masuk kos kbp..

Durian mk said...

Biasanya gaji basic ikut hektar kan?

Hayalan said...

Browse our list of UPM technologies in various fields that have the potential to be commercialized by the industry
https://sciencepark.upm.edu.my/industry/available_technologies_for_licensing/available_technologies-4154