Saturday, November 6, 2010

Ya Allah Kau tabahkanlah hati kami....

Hari ni (Sabtu - 6 Noember 2010) telah genaplah 3 hari kehilangan anak sepupuku, adik Awwab Hakime Rudaine, 7 tahun... Namun setelah 3 hari pencarian dilakukan, tidak membuahkan hasil. Hanya jasad sahabatnya yang ditemui tersangkut di perangkap sampah 3 kilometer dari tempat kejadian..Subhanallah...

Dalam insiden 3 hari yang lepas, aku difahamkan adik Awwab telah terjatuh kedalam tali air di Tanjung Bendahara selepas cuba menyelamatkan rakannya yang juga telah terjatuh kedalam tali air tersebut.. Saksi yang berada disitu mengatakan mereka tak dapat menyelamatkan Awwab dan rakannya kerana aliran air yang begitu deras dan mereka semacam disedut ke dasar tali air...


Subhanallah, sungguh besar dugaan yang menimpa sepupuku kak Ennie dan Abg Danie.... Semoga Allah sentiasa bersama mereka dalam menempuh dugaan yang terpaksa mereka tempuhi... Sekarang ni semua keluarga daripada Kelantan dan KL sedang berkampung di Kedah menatikan perkhabaran seterusnya daripada pasukan penyelamat...

Sama-samalah kita berdoa agar jasad adik Awwab ditemui secepat mungkin... Mungkin penemuan jasad tidak boleh mengembalikan adik Awwab kepada kami, tapi sekurang2nya pemergiannya dapat ditandakan dengan sebuah kubur yang akan sentiasa diingati oleh kami semua...

Ya Allah bantulah kami dalam menemukan jasadnya dan selesaikanlah teka-teki yang telah Engkau berikan kepada kami sepanjang 3 hari kami menunggu... Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon segalanya...Amin....

2 comments:

intaq said...

Semoga Allah s.w.t. mempermudahkan segalanya...amin...

Nana Farhana said...

mudah2han semuanya akan brjalan lancar...