Saturday, November 27, 2010

UNSTOPPABLE!

Assalamualaikum and greetings....

Guys, i just watched a movie entitled UNSTOPPABLE... And for short review, i just can said that this story was awesome! The story is about two guys try to stop a train without a driver. And it was a thrilling story! great work!

This story was inspired from a true event that occur couple of years ago. Even though this movie was released on 4th November ago, but you still have time to watch it. 



(Melayu pulak..)

Siyesly aku excited tengok citer ni. sebab tu aku rekomen ntuk korang semua tengok. Jangan la download, sebab citer ni memang berbaloi klu tengok kat panggung wooo... Trust me... Dengan sound efek lagi, berdebar gak aku dekat sejam.hahaha

Aku rasa apa yang membuatkan citer ni best adalah sebab jalan cerita die dipetik daripada cerita sebenar lah kut... Memang nampak hidup citer dia... Aku respek btul la sape pengarah die ni...

Dan apa yang aku nak share ialah korang jangan lepaskan peluang tengok citer ni. Lagi berbaloi daripada tengok Harry Potter kut... (xtau camane sebab aku x tengok lagi. sebab tu ada "kut" kat belakang tu...hehe)

By the way, trust me, it's a worth-tengok-story! I like~

Saturday, November 6, 2010

Ya Allah Kau tabahkanlah hati kami....

Hari ni (Sabtu - 6 Noember 2010) telah genaplah 3 hari kehilangan anak sepupuku, adik Awwab Hakime Rudaine, 7 tahun... Namun setelah 3 hari pencarian dilakukan, tidak membuahkan hasil. Hanya jasad sahabatnya yang ditemui tersangkut di perangkap sampah 3 kilometer dari tempat kejadian..Subhanallah...

Dalam insiden 3 hari yang lepas, aku difahamkan adik Awwab telah terjatuh kedalam tali air di Tanjung Bendahara selepas cuba menyelamatkan rakannya yang juga telah terjatuh kedalam tali air tersebut.. Saksi yang berada disitu mengatakan mereka tak dapat menyelamatkan Awwab dan rakannya kerana aliran air yang begitu deras dan mereka semacam disedut ke dasar tali air...


Subhanallah, sungguh besar dugaan yang menimpa sepupuku kak Ennie dan Abg Danie.... Semoga Allah sentiasa bersama mereka dalam menempuh dugaan yang terpaksa mereka tempuhi... Sekarang ni semua keluarga daripada Kelantan dan KL sedang berkampung di Kedah menatikan perkhabaran seterusnya daripada pasukan penyelamat...

Sama-samalah kita berdoa agar jasad adik Awwab ditemui secepat mungkin... Mungkin penemuan jasad tidak boleh mengembalikan adik Awwab kepada kami, tapi sekurang2nya pemergiannya dapat ditandakan dengan sebuah kubur yang akan sentiasa diingati oleh kami semua...

Ya Allah bantulah kami dalam menemukan jasadnya dan selesaikanlah teka-teki yang telah Engkau berikan kepada kami sepanjang 3 hari kami menunggu... Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon segalanya...Amin....

Wednesday, November 3, 2010

Final Exam mode.....


Time flies by...... Rasanya baru je start bukak sem 7 aritu,,,tup2, sekarang da masuk study week dah...duhhhh.... the stress attack me again!
Alhamdulillah kuliah telah selesai berlangsung sepanjang 14 minggu... dalam 14 minggu tu la jugak aku menghabiskan 6 subjek dengan berpuluh-puluh bab yang aku WAJIB untuk belajar.... Nih aku share lah ye ape subjek yang kena amik time sem 7 ni...

1)Agricultural Process Engineering
2)Control System Engineering
3)Hydraulic and Pneumatic Engineering
4)Machine Component Design
5)Peoples and Engineers
6)Engineering Statistics (repeat.hahaha)

Fuhhh.... subjek-subjek ni sangat2 tough la weh.... Tak tipu nye laa..Ngan bertambahnya beban ntuk siapkan Final Year Project lagi... Tension2... Dah la assignment terkumpul untuk sem ni banyak gile! Budak2 kelas aku sume pun cam da mereng je kejap. Tension...
(Nasib la jadi engineering student yek. sape suh ko ngengade amik engineering.,hahaha)

Minggu depan, start 8 November 2010, kitorang start sitting untuk final exam. Dah la 1st day dua paper dah.aduyaiiii.... penin2....tanggungjawab sebagai student kan...nasib ler labuuuu....=(

Kepada kawan-kawan atau sapa2 sahaja yang baca post ni, doakan kejayaan aku dan kawan2 ek. InsyaAllah aku pun doakan kejayaan korang sume tak kire la sape korang sekarang ni. Hanya Allah yang boleh membalas segala itu...

Kepada kawan-kawan yang akan atau sedang menempuhi final exam gak, rasanya tak terlewat lagi untuk aku ucapkan Good Luck and All the best untuk korang sume! Chaiyok2!! =))

Sekian, setakat ni sajalah celoteh aku dalam mood exam ni. kepala tersumbat kot.haha.terima kasih .