Sunday, October 31, 2010

Kamilah Juara!!! GOMO KELATE GOMO!



Puas hati! Setelah 89 tahun menanti, Alhamdulillah akhirnya Piala Malaysia menjadi milik kami. Perlawanan malam tadi menyaksikan pertembungan diantara Kelantan vs Negeri Sembilan menjadi detik-detik bersejarah buat pasukan kami, The Red Warriors untuk menjulang Piala Malaysia buat kali pertamanya. TRW dengan gagahnya telah berjaya menumpaskan skuad Hoben Jang Hoben. Walaupun pada pusingan Piala Malaysia 2009 kita ditumpaskan  oleh Skuad Jang, tapi tahun ni merupakan pembalasan balik untuk apa yang telah mereka lakukan buat kita.Tahniah sek kito!

Terima kasih diucapkan kepada para pemain skuad Kelantan kerana telah menggembirakan kami semua. Juga terima kasih kepada pengurusan KAFA kerana telah mengangkat martabat bola sepak negeri Kelantan sehingga ke peringkat hari ni! Sesungguhnya kekuatan dan kesabaran Tan Sri Presiden KAFA lah yang telah membawa fenomena 'gelombang merah' ke dalam jiwa dan jati diri setiap rakyat Kelantan. Syabas Tan Sri! Terima kasih!

Marilah bersama-sama kita mengekalkan momentum bola sepak negeri tercinta kita ke peringkat yang lebih tinggi, dan meningkatkan bola sepak Kijang daripada segenap segi. Kita sebagai penyokong mestilah bersikap profesional dan tidak hanya mengikut perasaan semata-mata. 

Kito ore Kelate nih, bunyi kecek Kelate jah orey takut doh. Jange duk tebing main nge sek kito. Cuma orey kena pastikan demo tidk mula dulu. Kalu puok demo nok tahu akibat nya,silakey try kalu nok tahu. Jange duk panah line puok2 kawe kalu xsey nyakit. Sek2 kawe buleh jadi sebaik dan pemalu serupo kijang kalu demo x usik. Tapi klu usik, kijang pun buleh tukar jadi nago! Kito ore Kelate, bako oghe berani, bilo masuk pade kito gomo sengoti! 

GOMO KELATE GOMO!!!


Sorry Jang, muga goni hok sek kawe. Maaf muga ambik dari puok demo. hahahaha!

Tuesday, October 19, 2010

Semakin menghampiri!

Gomo Kelate Gomo!

Para penyokong The Red Warriors, sama-sama kita bersatu menyokong pasukan kebanggaan kita The Red Warriors a.k.a. Skuad Kijang a.k.a. Kelate FA! Semoga kemenangan menjadi milik kita dalam perlawanan separuh akhir menentang Kedah dan membolehkan kita ke pusingan final Piala Malaysia 2010!


Kepada sahabat-sahabat penyokong setia The Red Warriors, sama-sama kita hentikan keganasan bola sepak. Tengok bola biar ado adat, jange duk behe ore koksey, lepa bedil atau botol ke ats padg. Jangan disebabkan kita, pasukan kesayangan kita musnah. Sokong bia bijok, bertindak bia bijok.
Kito oghe Kelate bako oghe beghani, bilo masuk pade kito gomo sengoti!